Wednesday, May 10, 2023

Kupu-kupu malam

Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua sidang pembaca. 

Dengan tuhan (Allah) yang Maha pemurah dan Maha Pengasih, (Aku bersaksi tiada tuhan selain Allah, Ashadu'allah illaha illahlah, Laillahaillahlah [Tiada tuhan selain Allah]).

Tiada perasaan yang merantai hati lebih berat berbanding kebaikan yang disalah tafsirkan. Sungguh kita sama2 mempelajari erti kebaikan dalam hidup, sebaik-baiknya berilah kebaikan seikhlasnya kepada sesiapa yang memerlukan dan hanya kepada tuhan mengharapkan balasan. Hampir 2 tahun blogger menyepi, bukan tiada cerita yang ingin di kongsi di sini, tapi sebaik-baiknya "mencegah lebih baik daripada mengubati", perjalanan cerita bertemu dengan Allah s.w.t bukanlah hal yang sepatutnya di tulis tanpa mengunakan frasa dan klausa. Ia memerlukan penceritaan yang jelas dan di sampaikan di tempat yang betul dan masa yang tepat.
Namun hari ini, aku teringin berkongsi sebuah cerita di sini, kisah perjalanan ku sebagai seorang Puteri Allah. 3hari yang lepas rumahku di datangi seekor lembaga dengan 2 tanduk di kepala, ini bukan Kali pertama aku bertemu dengan dia sebenarnya, ini pertemuan kami yang ke-2 selepas peristiwa pohon merukuk, Allah s.w.t membuat aku bertemu iblis yang berbadan besar dan tinggi bagaikan gergasi, Allah s.w.t menyuruhnya bersujud kepada ku, dan dia tampa sedikit bantahan bersujud kepada ku. Tapi si dia yang bertanduk 2 ini, datang sewaktu aku merungkai kitab Al-quran, dia hanya datang seketika apa bila pandangan kami bertentang dia membalikkan tubuhnya dan berlalu bersama ngilai ketawa waktu itu, sebab itu aku boleh mengingati siapa dia dengan baik. Kunjungannya Kali ini ke rumahku lain, dia hanya berdiri menyandar seakan duduk di tepi tingkap menghadap tepat ke wajahku yang tidur awal malam itu, aku berusaha di lemaskan dalam tidur oleh syaitan yang sudah lama tidak meninggalkan tubuhku. Aku tahu siapa punca kematian mereka dan sudah aku usulkan kepada Allah s.w.t tentang masalah kematian mereka 2016 yang lepas dan dengan Maha Pengasih dan Maha Pemurah-Nya Allah s.w.t menerima rayuan ku Dan memberikan mereka peluang ke-2 merayu Allah s.w.t untuk mendapatkan tempat di dalam syurga kelak, namun syaitan ini yang bersikap angkuh dan dengan megah di hadapan ku berkata kepada Allah s.w.t yang dia tidak mahu di kembalikan semula ke dunia dan lebih rela menjadi syaitan di alam ghaib tetapi tanpa rasa bersalah dan mahu berterima kasih menyusahkan hidup ku dengan mereka pelbagaikan cerita untuk menghanyutkan orang di sekeliling ku dengan bisikan dan hasutan yang boleh membawa seseorang masuk neraka. Aku jadi seperti seorang dukun yang mengamalkan ilmu hitam yang mengubati pesakitnya walhal dia la sendiri punca kepada penyakit mereka. Dalam pergelutan bersama mereka malam itu, aku mampu mendengar suara Allah s.w.t berkata sesuatu namun keadaan ku yang mamai membuatkan aku tidak mampu mengingati kata-kata Allah s.w.t waktu itu, aku berusaha bangkit daripada di lemaskan dalam tidur. Selang beberapa minit, syukurlah aku berjaya melawan pergelutan itu. Kemudian dia yang bertanduk dua itu berlalu tanpa sempat aku betanya apa-apa kepada-nya, adakah dia datang untuk menjemput roh ku jika ajal yang mengetuk pintu rumah ku malam itu? Untuk mengaibkan kematian ku? "Hasbi Allah fa'nikmal wakil"

Aku tahu ada seseorang yang menyuruh mereka membunuh ku Kali ini, kisah seseorang yang aku Cuba selamatkan daripada menjadi "pelayan sebenar" kerana dia tewas dengan ujian yang di duga pendirian sebagai seorang perempuan, maruah atau wang. Tapi menurutnya cuma sekali dia melakukan Hal tersebut dan dia di perdayakan dengan Wang yang di terimanya tidak sama seperti yang di janjikan. Orang yang menghantar pembunuh ini pula, mengutip dia menjadi wanita-nya kerana sewaktu aku melepaskan dia daripada terus menerus di jajah cerita yang boleh di beli dengan Wang, kisahnya berdarah oleh "kerasukan Jin" dan di ketahui sebahagian orang yang mengenali ku, kerana tubuhku mampu di badani oleh Jin. Aku mencari cara sebenarnya menjelaskan namun dia adalah seorang nurse yang kita sedia maklum mereka mengetahui tentang kebiadaban Jin, menjadi punca kami hanya mengelak bertemu. 

Ikhtibar cerita Kali nie, tidak semua kebaikan mu akan di terima orang dengan baik, namun teruskanlah berusaha melakukan kebaikan dengan berharap balasan hanya daripada tuhan. Aku percaya kebaikan ku di fahami Allah s.w.t Kali ini sebab itu aku tidak tewas dalam pergelutan dan Allah s.w.t menyelamatkan aku daripada maut malam itu.

Assalamualaikum w.b.t

No comments:

Kampus IMU College

  Di keheningan senja dalam camar jingga Suatu melodi tanpa ritma berdesing dalam halus rasdan  merah, biru, hitam, putih, kuning dan hijau ...