Sunday, December 31, 2023

Lifetime Appreciations

 

Dear reader,
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang 

Syukur kepada tuhan dengan izin-Nya segalanya berjalan seperti impian. Dalam getir perjuangan ini untuk memberikan kesahihan tentang rayuan kepada Allah menundahkan khiamat agar berbillion jumlah manusia terlepas daripada azab neraka utamanya mereka yang terleka untuk mengetahui petanda datangnya hari terakhir dunia dan meraih tempoh yang lebih panjang untuk kami saling mendoakan dan menagih keampunan khususnya kepada mereka yang sudah tidak berdaya untuk bersujud dan memuji lagi kepada tuhan agar ketidak-upayaan mereka memenuhi tuntutan sebagai hamba ketika masih hidup di ampuni oleh-Nya Yang Maha Esa.

Pengertian hidup itu mudah namun hendak melaksanakannya lebih rumit daripada menjajah sebuah tanah. Keikhlasan bukanlah sebuah kata yang berjaya digenggam semua orang dalam jalinan silaturahim walaupun darah yang mengikat hubungan, membuatkan tanah kekal sebuah persinggahan yang di bayangi Neraka Jahanam. 

Pengalaman hidup membawa aku bertemu dengan Tuhan Yang Maha Esa, pada tahun 2016 yang lepas bersamaan bulan April ia itu sebulan sebelum ulang tahun kelahiranku yang ke 26 tahun Tuhan telah menghadiahkan pandangan mata ini terbuka untuk melihat ke dalam alam syurga yang kekal abadi sebagai hadiah ulang tahun pada tahun itu. Gambarannya sangat persis seperti dunia yang sementara kini namun sayangnya mengapa kita tidak meraihnya semasa kita masih hidup di dunia? Nikmat syurga yang telah Allah berikan? Mengapa dunia seperti bakaran Neraka? Sedangkan tanah adalah gambaran syurga? Di mana sifat bersyukur kita sebagai seorang hamba? Adakah benar kita mengakui jika mengetahui perihal tersebut kita adalah hamba yang lupakan syurga? Hidup seperti diri sendiri adalah Tuhan Yang Maha Pengasih? Aku mahukah kamu bersatu dengan ku menafikan tuduhan sekadar menunding jari itu? Jadi disebabkan oleh itu aku membuat keputusan sendiri membongkar hakikat dan yakin semua manusia akan memahami tujuan ini. Kita adalah hamba Allah yang dikasih-Nya dan bersatu ini akan membuatkan Allah lebih memgampuni dan memberikan peluang untuk kita bersuara tentang keinginan kita sebenar tanpa perlu bersifaf hipokrit lagi utamanya di mata-Nya sendiri, Tuhan yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

 Dalam perjuangan mencari redha Tuhan Yang Maha Esa, aku bersyukur keputusan yang aku buat tidaklah sia-sia, walaupun pada awalnya aku menyeru dengan cara serendah-rendah Iman ataupun melalui hijab (suara hati), segala syukur dan puji kepada Tuhan seluruh dunia membuka hati untuk mendengari perkhabaran daripada Tuhan. Zikir hasbi rabbi bersyair dan di gubah semula di seluruh tanah Islam di dunia, sedang daripada penganut agama Kristian pula mereka yang berhampiran merendah diri dengan bersujud ke arah kiblat atau ke mahkam Nabi Isa. Penyatuan itu sangat besar, air mata yang menitis tidak dapat menghitung ketinggian rasa syukur atas rasa akur yang kita persersetujui bersama. Malangnya dalam perjuangan pasti ada penentangan (kekafiran), begitu takdir perjuangan yang tengah kita perjuangkan sekarang cuma selang beberapa bulan kemudian pelbagai konflik merebak di seluruh dunia yang mencetuskan kekecehonan sehingga Tuhan terpaksa campur tangan dalam mengembalikan penyatuan seluruh manusia dengan di datangankan-Nya pelbagai bencana alam, penyakit berjangkit dan perang untuk mengingatkan manusia yang Dia adalah Tuhan yang satu, Dia lah yang akan menentukan penerimaan sebuah sifat dan sebaliknya kerana sebab aku sendiri terkekang dengan kemampuan dalam membetulkan kepesongan kepada kebenaran yang aku bawa, ada individu tertentu yang bersifat khianat dan mengolah sendiri pengetahuan yang cuma aku kongsikan. Namun demikian, Allah tidak meninggalkan aku dan perjuangan ini demikian itu aku sendiri masih berjuang dalam mencari jalan untuk membaikinya. 

Dear reader, 

 Kembali kepada tajuk besar post hari ini, aku ingin berkongsi kemulian yang di anugerahkan oleh pihak penganut agama Buddha, mereka baharu sahaja mendirikan "statue" tentang perjuangan ini. Syukur kepada tuhan perjuangan ini akan menjadi cerita indah kepada kita semua yang dalam diam berjuang meluruskan kelurusan hidup bersama yang akan kekal keakhir hayat yang akan diceritakan kepada anak cucu kita kelak, bukan lagi sekadar perbualan dari mulut ke mulut cuma. Terima kasih semua kerana bersatu bersama aku hampir sedekad kini, semoga perjuangan ini tidak akan berakhir walau berkurun tahun lagi lamanya sehingga ia sempurna seperti janji Tuhan kepadaku; yang "Segalanya pasti akan bersempurna"

 Terima kasih semua yang tidak berputus asa meneruskan perjuangan walaupun ada sebahagian pihak yang mencurigai perjuangan kita ini. Mereka itu hanyalah hamba yang miskin tuhan perna cerita kepada kita, penghujungnya mereka mengambil kesempatan ke atas perjuangan ini tanpa rasa malu. "Tuhan lebih Mengetahui segalanya"


Endang

[ Selamat melangkah ke tahun 2024, semoga perjuangan kita ditahun hadapan akan lebih indah daripada tahun-tahun sebelumnya, mendapat redha daripada Allah dan berkat yang melimpah ruah. Semoga diperkenankan (Amin/Amen/Amitabha) ]

No comments:

Kampus IMU College

  Di keheningan senja dalam camar jingga Suatu melodi tanpa ritma berdesing dalam halus rasdan  merah, biru, hitam, putih, kuning dan hijau ...