Bismillahirahmanirahim,
Syukur alhamdulillah ke hadrat Illahi hari ini Mei 27, genaplah usia ku di tubuh ini 30 tahun dan cukup jugalah 5tahun aku bergelar “Puteri Allah” anak perempuan-Nya yang pertama.
Pasti ramai yang bertanya-tanya kenapa “Puteri Allah”? Bukan Nabi Endang ataupun Nabi Nana? Dan kenapa bunyi gelaranya seolah-olah menyerupai gelaran bagi Jesus Christ “Putera Allah”? Si Endang penganut ajaran katolikkah? Si Endang pun tersesatkah mengaku anak tuhan? Masya’Allah
Astagfirullahal’azim..........................
Sebenarnya aku hanyalah seorang hamba Allah (manusia biasa) yang di-ciptakan-Nya Roh daripada cahaya dan di hantarnya ke tubuh yang di perbuat daripada tanah dan aku dilahirkan di dalam ajaran Nabi Muhammad. Kita semua mengetahui Allah itu tiada jantina walaupun jelmaan pilihan-Nya adalah seorang lelaki, Dia tidak beranak dan tidak diberanakkan.
Begini ceritanya gelaran ini di-berikan kepada ku, aku sendiri sebenarnya yang meminta gelaran ini daripada Allah s.w.t selepas di angkat-Nya menjadi anak angkat perempuan-Nya demi menegakkan kebenaran ke-atas ajaran Nabi Isa dan menambahkan pengetahuan ke-atas ajaran agama tersebut agar mereka yang masih enggan mengubah cara menyembah tidak kerugian akan hakikat kehidupan sebenar dan hal yang aku kupas adalah kitaran hidup sebenar yang tidak di-tekankan Khas untuk orang menyembah cara Nabi Muhammad menyembah tetapi untuk semua makhluk bergelar manusia.
Semalam Mei 26-2021, Allah s.w.t memberikan kejutan hadiah ulang tahun ku dengan menunjukkan kekuasaan-Nya mengubah bulan sabit menjadi bulan penuh. Masya’Allah terpegunnya aku melihat keindahan malam. Sungguh sebak dan terharu dengan begitu besarnya kasih Allah kepada ku.
Allahu akhbar



