Wednesday, July 8, 2026

"Man-power"

   Bismillahirahmanirahim,

Sebulan sudah berlalu "hari impian" terkubur selamanya menjadi mimpi. Peluang hanya ruang melepaskan resah namun menambah gelita, hamparan gelap kepada perjalanan yang panjang mendatang. 

Insan kerdil seperti aku, pastinya tidak menyangka. Hal yang Allah s.w.t sentiasa berikan kepadaku petanda dan bercerita rintangan dan kemungkinan yang terjadi, kekal terjadi juga. Aku tidak berjaya mengubahnya, walaupun aku berusaha menurut amanah Allah s.w.t, berikhtiar menjadikanya hanya pesanan yang "mungkin tidak terjadi". Semuanya lurus nyata seperti kata-kata-Nya. Menjadi seorang Nabi, bukanlah sebuah kepastian kepada segala "keinginan" menjadi kenyataan dan buat sekian kalinya! Aku hanyalah bertemu orang yang tidak betul, yang berjaya hanyut dengan hasutan jin,iblis, syaitan yang selalu tidak luak mewah janji-janji mereka. Mana mungkin aku daif dengan pendapat jika bukan kerana 2hari sebelum hari pendaftaran kemasukan ke kolej kejururawatan, Allah s.w.t datang mengintaiku ke apartment sewa rumah ku yang lama disabah sewaktu aku mengosongkan rumah untuk merantau mengubah haluan hidup. Sambil berbual seketika dengan Allah s.w.t, Dia mengindahkan lagi bulan purnama malam itu dengan gelang pancaran sekeliling bulan sambil berkata "seindah perjalanan mu kelak". Bahkan sebelumnya, selesai menjalankan tugasku yang diamanahkan oleh Allah s.w.t yang menjangkau 5 tahun dalam kekeliruan dan ujian menyampaikan amanah Allah s.w.t. Aku sudahpun meminta izin daripada Allah s.w.t untuk seberapa purnama aku mahu mengambil ruang untuk diriku sendiri terlebih dahulu, memandangkan usiaku juga sudah mencapai waktu pertengahan untuk ke tarikh retirement, aku memerlukan persediaan yang kukuh utamanya tika itu jika tiada aral melintang, takdir tidak memisahkan jasad dan nyawa sehingga aku sampai ke hari-hari tidak lagi di terima oleh mana-mana majikan untuk berkerja.







 ceritanya begini. . 

   Aku memilih untuk duduk dihostel kolej pada awal semester sehingga keadaan sudah selesa sebelum berpindah keluar kerana keperluan bekerja sambilan semasa belajar untuk membiayai study yang ditanggung sebahagian oleh diri sendiri dan pada awalnya dan menurut peluang yang diceritakan "aku perlu menggunakan ptptn terlebih dahulu untuk membiayai study, melainkan aku berjaya menaut hati, target GPA sesuai dengan pembiayaan yang mahu dibayar pihak hospital, barulah aku boleh hentikan pinjaman ptptn." Segala-galanya sangat serabut dengan tamat kontrak bekerja dengan hotel yang hanya seminggu daripada waktu kemasukan semula ke kolej, kemudian keperluan menamatkan kontrak rumah sewa ku di sabah bagi tujuan kemasukan ke koleh jadi aku tidak dapat mencari rumah/bilik sewa terlebih dahulu. . Aku harus berulang-alik menyelesaikan segalanya sendiri dari klang berpindah ke tengah kl, kemudian dari kl naik turun ke sabah turut di-bahas dalam bilik disiplin. kononnya 'ketidak konsistenen duduk dalam class, semua tidak berasas, dan aku tidak berusaha" walhal aku bercerita dengan jelas tentang apa yang terjadi kepada pihak kolej dan mendapatkan keizinan kolej untuk berpindah masuk kedalam asrama kediaman pelajar. Jika tidak?! Akukan sudah memiliki kenderaan sendiri bermula hari pertama kemasukan ke kolej dan waktu class pula hanyalah sehingga pukul 4 petang. Jadi masih ada banyak waktu terluang untuk menguruskan semua hal peribadi selepas waktu class, aku memang mengambil masa sedikit berpindah masuk ke hostel kerana keadaan hostel tambahan yang sangat 'sekadar ada tempat berlindung daripada panas dan hujan' tanpa rasa prihatin aku dituduh seolah-olah berjoli melihat-lihat bandar kuala lumpur, walhal aku sudah hampir 2tahun di sini dan kereta yang aku miliki hanya jarak 3bulan dari sesampaiku di kuala lumpur, hatiku menjerit "aku sudah sangat puas memacu roda-roda kereta ku dari banting sehingga ke genting kemudian putar ke sepang untuk kembali ke klang". Aku terpukul dengan tuduhan semata-mata hendak melindungi hakikat ke-alpaan cikgu pemerhati sepanjang berada dihospital dan juga sister ward yang entah betul-betul sudah malas membaca atau sudah sebahagian daripada rancangan pembuangan ku keluar daripada kolej hari itu. Bagiku sungguh tidak adil, kerana "wa'allahi aku lansung tidak membuka penutup jarum suntikan insulin yang hendak diberikan kepada patient. aku hanya ditanya dan di suruh ceritakan semula tentang apa yang perna aku pelajari dari kolej prihal tempat yang boleh diberikan suntikan insulin. Dan ia dipanjangkan sehingga ke disiplin. Lebih para lagi duduk 8mata aku dihimpit untuk menapikan apa yang aku sudah pelajari" bahkan bukti risalah hasil kajian yang menyokong jawapanku juga ditolak bulat-bulat. Dinafikan hakikat kebenarannya. Bersungguh-sungguh mengatakan ia-nya tidak benar, tidak wujud dan tidak boleh diguna pakai bagi tujuan suntikan insulin. Aku akur dengan pembincangan di dalam bilik disiplin tidak mungkin berpihak kepadaku kerana clinical instuctor, classroom lecturer, head of college dan kakitangannya sepakat untuk menolak dan menafikan kebenaran kata-kataku bahkan aku di-tenangkan dengan direndahkan pendirian seolah-olah memaksa aku akur dengan penipuan mereka yang dalam masa sama sambil berbisik menggunakan hijab. Aku tidak lagi merayu seperti tujuan utama perbincangan petang itu kerana waktu itu tiba-tiba juga Allah s.w.t turut menghadiri pembicaaraan di bilik disiplin bersama kami kerana aku sempat memanggilnya datang dalam senyap kerana mereka semua seolah-olah memerli dan menekan-nekan aku dengan keputusan mereka. Allah s.w.t turut mendugaku dengan keras, sehingga keputusan ku berubah berhenti merayu seperti dalam surat yang aku serahkan untuk tujuan petang itu. Tiba-tiba Allah s.w.t duduk diantara mereka memandang ku dengan berubah-ubah seketika dia jelmaan roh yang putih bercahaya kemudian hitam bagaikan iblis. Aku hanya memerli pengetua kolej dengan berkata, "impianku tidak berakhir disini, kau tidak berhak menentukan hal terbaik untuk aku" sebelum keluar  mengakhiri pembicaraan petang itu.  

 Aku tahu dan yakin apa yang tengah aku lalui sekarang ada kaitannya dengan ketidak-puas hati mereka yang cuba mereka-reka alasan menutupi apa yang terjadi didalam bilik disiplin petang itu, tapi kerana aku yang memilik untuk tidak rapuh dengan kesucian roh yang Allah s.w.t janjikan, jadi aku hanya melalui segalanya sekuat hati. Kini, aku masih lagi menanti kes expulsion diadili seadil-adilnya oleh pihak kementerian pendidikan tinggi, aku menulis surat aduan ke pihak kementerian dan instut kejururawatan selepas hampir 2 bulan insiden berlaku bagi tujuan membersihkan namaku untuk menyambung pelaran pada masa akan datang dan pinjaman PTPTN, jika perlu. Sesungguhnya Allah s.w.t sangat telus dalam merancang ketentuan-Nya. Aku hanya redha dan kekal beriman. 

Segalanya sudah berakhir bagi dunia kejururawatan dan hospital tapi bukan untuk masa depanku, Aku mendapatkan pembiayaan melajutkan pelajaran secara pembayaran separa penuh oleh pihak Yayasan Pendidikan yang insyaAllah bermula september tahun ini dan beraakhir dalam tempoh 18bulan. Semoga segalanya lebih baik selepas ini.

     "Inna Ma'al usri yusra" - Aku percaya dengan janji Allah begitu, 

"dalam setiap kesulitan ada kemudahan" - Allahul Kafi

No comments:

"Man-power"

   Bismillahirahmanirahim, Sebulan sudah berlalu "hari impian" terkubur selamanya menjadi mimpi. Peluang hanya ruang melepaskan re...