Monday, May 25, 2020

Syawal 2020/1441H


Assalamualaikum w,b,t...

  Bergema takbir raya tahun 2020 jatuh pada hari minggu bersamaan dengan 24.Mei.2020/ 01.syawal.1441 menandakan tamatla perjuangan Ramadhan umat Islam bagi tahun ini, tahun nie merupakan Ramadhan yang penuh dengan memori, dugaan, tangisan, tomahan dan iktibar bukan sahaja kepada umat Islam tetapi kepada seluruh hamba Allah s.w.t kerana kami ditegur dengan fenomena penyakit berjangkit yang belum diberi kesahihan oleh pakar sains dan teknologi. Sedang menurut Allah s.w.t direka oleh kebiadapan manusia biasa.

 Kami meraihkan raya tahun ini penuh kesederhanaan bila kami rakyat Malaysia bersatu dengan kerajaan untuk saling melindungi antara sama lain #KitaJagaKita untuk mencegah daripada penyakit ini merebak dengan cepat agar kami dapat mengurangkan jumlah pesakit covid dan juga membuatkan negara kami menjadi negara yang bebas daripada penyakit COVID19.

 Hari nie masuk hari ke-2 Syawal, aku cuma duduk bertenggek di rumah dan berkerja semampu yang boleh untuk mengejar sales jualan untuk tempoh 6bulan pertama tahun kerana tiada arah tujuan dan juga perlu menjimatkan kos perbelanjaan sendiri yang terlalu risau jika perintah kawalan pergerakan dilanjutkan lebih panjang, aku pun akan tergolong daripada golongan yang muflis sewaktu peristiwa ini. Kehilangan tempat berteduh dan kehilangan mata pencarian selepas ini. Allahu Akhbar 😢 Berusaha semampu yang boleh mungkin Allah s.w.t menjanjikan yang lebih baik untukku, sedang jika tuntutan daripada peristiwa ini adalah menyuruhku berdakwah seperti zaman kerasulan yang lepas kerana pengetahuan-Nya yang diberikan-Nya untukku. Aku harus la bersedia.
Aku bukan cuba untuk berdalih atau melambat-lambatkan dakwahku atau menyebarkan pengetahuan yang Allah s.w.t berikan kepadaku, tetapi buat masa ini cuma ini yang mampu aku lakukan. Keadaanku mendesakku untuk bersabar sedikit kerana ajal adalah rahsia tuhan. Kemampuanku daripada segi kewangan membuatkan aku cuma mampu bercerita di alam maya seperti kini.
Semoga pembacaku memahami......

 Aku terjaga sekitar 11.50 malam mungkin kerana selepas maghrib mata kuyuh ku enggan bertoleransi dengan ku membuatkan aku terlena tanpa solat isyak. Malam ini lenaku beraya, terima kasih Ya Allah, hatiku bagaikan dipujuk-Nya untuk tabah melalui liku-liku kehidupan, dia hadiahkan pemandangan yang indah didalam mimpiku kali ini. Aku melihat keindahan malam beserta ribuan bintang dilangit dan juga aku menyaksikan ketenangan lautan yang mungkin lebih bergelora rahsianya daripada ku. Alhamdulillah walaupun mimpi itu singkat, namun aku syukuri-Nya kerana paling tidak Allah s.w.t tidak terlalu marah bila aku tidak menjadi seperti Rasul-Rasul sebelumnya sewaktu menghadapi bencana mereka keluar bersama dakwah untuk dikenali dan diketahui apa yang mereka ketahui oleh seluruh umat manusia. Sedang sepatutnya akulah kekasih Allah yang paling bertuah jika seluruh warga negara bersatu dengan pengetahuan yang Allah s.w.t berikan kepadaku aku mampu berkongsi pengetahuan diseluruh dunia dengan mudah dengan bantuan pihak media bukan sekadar laman sesawang cuma seperti sekarang.

 Apa-apa pun...insya’Allah segalanya akan beransur pulih dengan segera..
Semoga Allah s.w.t memberikan ke-ampunan kepada kita semua dan menjauhkan azab api neraka bagi kita.

Sekian

Rabbana athina fid dunia hassanata wafil akhirati hassana, wakina azab banar”

Tuesday, May 19, 2020

Quarantined

Assalamualaikum w,b,t...

 Sudah masuk hari yang ke 62 kami di bawah perintah kawalan pergerakan kerana dunia tiba-tiba dikejutkan oleh penyakit berjangkit digelar corona virus. Wabak penyakit nie adalah ciptaan manusia biasa yang tak bertanggung-jawab meragut puluhan ribu nyawa manusia yang sehingga kini masih dirahsiakan di mana letak duduk penawarnya. Allahualam...

 Sebenarnya kita masih ada pilihan lain cara untuk menghentikan penyakit ini walaupun tidak menemui penawar bagi penyakit berjangkit yang sedang mengekang pergerakan kita semua, ia itu dengan bantuan Allah s.w.t kerana dia la As-syifa penawar kepada segala penyakit, dengan kekuasaan Allah s.w.t, Dia mampu untuk menghapuskan segala jenis virus yang tidak dapat kita analisa mengunakan pancaindera manusia biasa.

 Namun persoalan-Nya bagaimanakah Allah s.w.t akan membantu kita mengatasi masalah yang tengah kita hadapi kini?

Ia itu, dengan percaya yang Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa pemilik apa yang ada dilangit dan di bumi, berserah diri kepada-Nya sepenuhnya.. berzikir dan berdoa untuk merayu belas simpati daripada-Nya kerana cuma dia yang mampu menghapuskan virus ini walaupun tanpa penawar daripada pereka penyakit berjangkit ini.

 Cuba kita renungkan kembali, dengan kekuasaan Allah s.w.t, dia menyelamatkan sebilangan kaum Nabi Nuh daripada ditenggelami air, Dia juga membantu Nabi Musa membelah laut merah untuk menyelamatkan umatnya daripada tentera Firaun jadi apakah lagi kemusykilan yang kita sengaja ada-adakan untuk meragui kemampuan dan kekuasaan Allah s.w.t? Tentu sahaja virus halus yang boleh mengakibatkan jantung orang yang menghidapnya terhenti di hapuskan oleh Allah s.w.t dengan sekelip mata.

 Oleh itu, bersama-samalah kita bersujud kepada Allah s.w.t dan biarkan lidah basah dengan zikir memuji-maju keagungan-Nya untuk meraih syafaat daripada-Nya. Insya’Allah.

 Sewaktu berkesempatan bertemu Allah s.w.t dan diberi peluang oleh-Nya untuk menyaksikan alam-alam ciptaan-Nya, aku membuat kesimpulan di sini, bahawa Allah s.w.t menguji kita semua dengan dugaan yang besar kini untuk memberi peluang bagi kita meraih pengampuanan daripada-Nya sambil diberi peringatan akan hal yang kita terlepas pandang, ia itu tempoh selepas mati yang sangat panjang. Di alam barzakh kelak kita akan melalui pelbagai dugaan lain sehingga kita melayakkan diri masuk ke dalam golongan para dewa-dewi ataupun golongan imam dan para rasul barulah kita boleh menghela nafas sedikit lega sambil menanti pintu syurga dibuka-Nya semula untuk kita.
Selain itu, kita di tuntut untuk memberi kesedaran kepada golongan yang bersatu dengan skandal disebalik kejadian penyakit corona-virus, akan hal yang cuba ditolak jauh oleh golongan Islam ia-itu kelahiran semula ke dunia namun hal yang paling dipercayai oleh agama lain. Ketamakkan mereka itu adalah hal yang sia-sia kerana Allah s.w.t berfirman buat hamba-Nya yang jahil dan tergamak dengan perbuatan kini “hidupnya hanyalah hingga ke akhir hayatnya”. Maksudnya si pelaku akan dihapuskan oleh-Nya. Astagfirullahal’azim. 

 Pasti ramai yang terkejut dan was-was utamanya golongan orang Islam yang selama ini hidup dibawa ajaran Nabi Muhammad s.a.w tentang isu kelahiran semula. Aku menegaskan hal ini adalah hal yang nyata, kerana akulah hamba Allah daripada penganut agama Islam yang hampir melalui sendiri kelahiran semula namun dihentikan oleh Allah s.w.t kerana menurut-Nya aku belum tiba masanya untuk kembali ke rahmatullah dan situasi itu hanya akan menimbulkan fitnah, Dia mengembalikan roh ku ketubuhku untuk sesuatu yang tidak dijelaskan oleh-Nya mengapa. Dan aku suka hal tersebut kekal menjadi rahsia Allah s.w.t.
Mengimbas kembali peristiwa terpisahnya roh ku dan jasad, walaupun waktu itu singkat namun aku melihat sendiri kelompok hamba duduk beratur panjang. Maka aku bertanya kepada Allah s.w.t, apa yang mereka lakukan di situ? Allah s.w.t menjawab soalan ku dengan singkat “kelahiran”. Menurut Allah s.w.t mereka adalah golongan yang bakal dilahirkan semula ke dunia.

 Jangan bersorak terlalu gembira terlebih dahulu apa bila mengetahui akan hal ini, sangat wajar untuk kita malu jika tergolong daripada golongan yang dilahirkan semula ke dunia.
Kerana menurutku...
Jika aku dilahirkan semula ke dunia, aku akan kehilangan keluarga, aku kehilangan identiti ku dan aku malu kepada tuhan ku. Hanya kerana dia mengasihaniku dan mencegah aku daripada dicampak ke lubang api neraka jahanam di hantarnya aku semula kedunia untuk meraih peluang ke-dua agar layak masuk ke dalam syurga, agar Dia berasa lega dan tersenyum apabila mendengar suaraku memuji-muji nama-Nya. (Innalillah wa innalillahi rajiun) Sedangkan mengulang semula kehidupan daripada A-Z namun tidak dibetulkan pengetahuan yang nyata daripada hari ini masih lagi satu kerugian buat hamba yang tergolong untuk mengulang hidup di tanah ini, kerana mereka mungkin akan mengulang kembali kesilapan yang sama kerana ke cetekkan ilmu pengetahuan. Hidup di dunia bagaikan didalam neraka.
Oleh sebab itu kita harus membuka mata hati kita bermula dari sekarang akan hakikat yang pedih ini, menolak kenyataan tentang wujudnya kelahiran semula yang mungkin ahli keluarga atau orang yang kita kasihi sendiri yang bakal melalui akan menyebabkan mereka tergolong daripada golongan yang kerugian buat selama-lamanya dan aku merasakan diriku adalah orang yang tidak berhati perut jika merahsiakannya. Allahu-akhbar

 Menulis sedikit rentetan cerita bertemu Allah s.w.t di sini, adalah satu-satunya cara membuatkan hatiku lega setelah terpilih diantara kalangan hamba yang mengetahui rahsia milik-Nya. Semoga kita saling berkongsi manfaat, sesungguhnya Allah s.w.t Maha pengampun dosa-dosa besar.

Sekian.

Rabbana athina fid dunia hassanata wafil akhirati hassana, wakina azab banar”

Tuesday, May 5, 2020

Imbasan 1

Ya Allah,
kata Rasulullah s.a.w
dengan wahyu-Mu, dalam kitabnya adalah kitab-ku [Al-Quran Al-Kareem]
‘Engkau itu, ada dekat’ [surah Al-Baqarah : 238-239]
Menurut-Mu pun sama;- Engkau ada dekat [surah Al-Baqarah : 186]

Tapi menurutku [pula], ‘Engkau detik nadi, bagaikan nyawa’
Kerana, nadi adalah ibadah!
Ibadah kepada tuhan kami, Tuhan Yang Maha Esa
Nadi dalam silaturahim hamba
Nadi untuk berbahagia
Nadi buat tubuh seorang hamba
syafaat kepada seorang hamba anugerah daripada Maha Pencipta
Hidup seharusnya bahagia
Dan ibadah adalah penyerinya
Kerana menurutku, ‘Engkau adalah nadi, bagaikan nyawa’

#Endang

Saturday, May 2, 2020

Bingkisan 1


Bismillahirahmanirahim [With the name of God who is merciful and loving]
O’ Allah,

I never ask for more, but if only I can give all my best and you help to guide.
My life is meaningful ❤️

Endang

Kampus IMU College

  Di keheningan senja dalam camar jingga Suatu melodi tanpa ritma berdesing dalam halus rasdan  merah, biru, hitam, putih, kuning dan hijau ...