Sunday, November 24, 2024

Aku

  Dear blogger
Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua pembaca yang perna menjengah dan terus-terus tidak putus bersinggah ke laman bloggers. Saya baharu sahaja meneliti semula bingkisan yang saya tinggalkan di dalam laman blog, hiba kerana sehingga ke hari ini selama blog ini bersiaran di sini saya tidak perna sekalipun menceritakan hal yang jelas tentang saya selain daripada meloncat terus ke kisah yang terjadi waktu itu. Mungkin juga kerana kebanyakkan pembaca di laman ini memiliki link membaca blog ini daripada laman Facebook peribadi saya secara lansung yang membuatkan saya terlupa menulis pembuka bicara di dalam laman ini Dan saya sudah menjelaskan perihal pembukaan blog ini melalui laman peribadi social media saya. 


Baiklah hari ini saya mengambil kesempatan ini untuk bercerita serba sedikit tentang saya dan mengapa saya terlintas untuk menulis laman ini secara terbuka di sini, walaupun hal ini akan mencetuskan banyak pertikaian tapi Insya'Allah dengan izin tuhan semua yang terlindung pasti akan menjadi terang benderang juga.


Niat ini bermula tahun 2016 yang lepas apabila ke-nabian bukan lagi mainan akal melainkan terbukti dengan pertemuan dengan para Nabi dan malaikat (angel). Aku dikenali sebagai Nana bermula zaman kolej nama yang aku ambil daripada cerita anime jepun yang membawa cerita hampir sama dengan kisah hidupku menjadi aspirasi awalku di zaman remaja utamanya kerana perjuangan watak utama dalam mengejar impiannya sebagai seorang penyanyi sangat menarik minatku, dia berjaya dalam mengejar impiannya walaupun dia melangkah keluar bersendirian untuk memulakan impian tersebut, aku juga begitu melangkah sendiri untuk mengubah nasib hidupku.
bertemu dengan Allah s.w.t di penghujung tahun 2014 yang lepas kerana hatiku terdetik untuk mencari hidayah Allah s.w.t sebelum aku meninggalkan fasa usia remaja dan masuk ke alam dewasa yang mana teguran bukan lagi sekadar nasihat melainkan hinaan bagi usia dewasa. 

Berbalik kepada niat asal, kisah pertemuanku bersama Allah s.w.t (Tuhan Yang Maha Esa) mulai di ketahui seluruh dunia melalui hijab dan banyak yang bersatu dengan aku membenarkan pendengaran ini dalam lindungan Allah s.w.t apabila aku meminta mereka bersatu dengan mem-postkan ajaran yang sampaikan walaupun melalui serendah-rendah Iman dalam Islam iaitu pengakuan melalui hijab. Zikir hasbi rabbi yang pada awalnya dilarang oleh fatwa negara untuk disebarkan keluar dari negara kerana ada baris zikirnya yang seolah 'merajuk' dengan agama Islam dan meninggalkan hidup bersilaturahim adalah dasar utama zikir ini cuma di dendangkan dalam Malaysia tanpa unsur tuduhan lain melainkan menghiburkan hati pendengar. Tapi penjelasan itu masih lagi spekulasi ku sendiri, untuk mengetahui hakikatnya haruslah bertanya kepada jabatan Hal ehwal agama yang menolak penyebaran zikir ini keluar daripada Malaysia sebelumnya. Tapi alhamdulillah (syukuri kepada tuhan) zikir ini bukan sahaja mengubati hatiku sendiri waktu itu tetapi juga punca pertemuan ku bersama Allah s.w.t seterusnya menjadi penghubung antara aku dan dunia Islam di luar sana dan mereka yang beriman kepada alam ghaib. 

Penulisan ku disini bukan sahaja untuk pengembangan sastera melayu juga memecah tembok curiga ku kepada dunia dan berkongsi tentang pertemuan ku bersama Allah s.w.t secara terbuka sekali Gus menjelaskan tentang ke-Nabian yang dianugerahkan kepadaku daripada Allah s.w.t. Alhamdulillah

Semoga diruangan ini kita dapat berkongsi cerita dan iktibar sebagai panduan di masa hadapan. Aminn 


Kampus IMU College

  Di keheningan senja dalam camar jingga Suatu melodi tanpa ritma berdesing dalam halus rasdan  merah, biru, hitam, putih, kuning dan hijau ...