Saturday, March 20, 2021

Doa hadiah yang terbaik

8/3/2021,


Assalamualaikum w,b,t...


Hi blogger, semoga pembaca yang di rahmati Allah sama2 mendapat hidayah dan kekal berjalan di jalan yang lurus...Insya'Allah

 Pasti terpanah dengan tajuk blog...dengar da biasa. Begitulah juga nasihat yang aku terima semasa kecil dahulu, bila kamu merindukan seseorang sebaiknya sedekahkan al-fatihah. Selama ini aku sendiri pun cuba untuk menerima pandangan tersebut dengan pemikiran logik tapi gagal kecuali berpegang kepada agama sahaja yang membuatkan aku menurut sahaja dengan idea tersebut,  banyak dakwah yang mengatakan 'doa adalah sebaik-baik hadiah', tapi kenaifan akal selalu menghasutku dengan persoalan “bagaimanakah cara hendak menjelaskannya kepada ‘golongan lurus tapi mereka berkaki terbalik?” Sudah tentu mereka akan berpaling dengan tomahan "Alaahhh itu cumalah dakwah mereka yang tiada perkerjaan, sekadar satu perkataan yang tak dapat ditolak untuk didengari kerana kemodenan pemikiran membuat kita tidak menolak akan ke-wujudan tuhan namun masih lagi tidak memberi keuntungan melainkan masa terbuang dengan sia-sia". Masya'Allah Nauzubillahi min zalik, aku selama ini cuma mengikut rentak pemikiran berahsia bukan kerana aku malas berdakwah tapi sebab diri sendiri lemah dengan hasutan tersebut dan terikat dengan pegangan agama [membelakangi mereka yang mampu menyesatkan fikiran dan meninggalkan mereka yang menolak dakwah], aku percaya begini “Seandainya dakwah mu itu bole membuatkan engkau berdosa/terlalu keras, tinggalkan kelompok tersebut agar kau tidak ikut tersesat” lebih-lebih lagi hal yang aku percaya ini di tegaskan sendiri oleh imam syafi’e “sebaiknya berdiam daripada berdebat dengan orang yang bodoh”.

 Sehinggalah tindakan ku pagi ini yang akhirnya menjawab segala pertanyaanku selama ini; selepas subuh aku cuba scroll status kenalan2 wassap ku, aku melihat salah satu post client yang memaparkan rakan seperjuangannya baru sahaja selamat di makamkan 7/3/2021, semoga Allah s.w.t mengampuni segala dosa-dosanya dan menempatkannya d kalangan yang beriman. Segera aku menarik nafas yang panjang kemudian menadah dua telapak tangan ku dengan niat menyedekahkan al-fatihah buat arwah. Selesai bacaan surah ringÄ·as tersebut aku meraup muka ku dengan kedua-dua telapak tangan. "Gus semangat! terkejut dengan kehadiran Roh yang mengintai tepat atas kepalaku kira-kira 190cm dari paras wajahku. Dalam keadaan panic aku segera membetulkan duduk ku... mana tidak panik engkau yang masih longlai di atas katil tiba2 d kejutkan kehadiran hambah Allah yang tidak berapa jelas wajahnya. Rohnya yang gelap membuatkan aku segera kembali ke warasku dan cuba berbual dengan Roh tersebut. roh tersebut cuba Menduga kekuatan imanku, dia yang cuba menghampiriku menambahkan lagi panik sedia adaku,  [Allahi aku terlupa adat gelap malam jika hendak menyampaikan sesuatu kepada si tukang ubat, mereka akan mempermalukan kekuatan iman] Cukup la sekali 1roh datang menerpa ku menjelaskan tentang pemergiannya...peristiwa tersebut menarik semua semangatku menyebabkan Tanpa menghiraukan ada Roh lain datang mengintai, aku sempat membuka kaki kuda ku untuk menyelamatkan diri. Segera Aku berusaha kembali bertenang dan Mencuba mengingati "tempoh" perjalanan hidup selepas mati sebaiknya untuk menasihati Roh gelap d hadapanku yang masih Cuba menerpaku. Sejurus seketika kemudian barulah aku melihat Kelibat Allah s.w.t yang mungkin memang dari tadi memerhatikan tindakanku lalu Allah s.w.t menjelaskan itulah kekuatan doa bila di sedekahkan. Roh-Roh yang dikehendakinya Akan datang menjenguk orang yang mendoakannya cuma bukan semua yang bertuah memiliki hijab pandangan mata.

Allahu akbar, rupanya hal yang aku pertikaikan cara dakwahnya dijawab Allah s.w.t hari ini. Alhamdulillah. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t kerana memilih aku memiliki hijab yang sempurna. 

Itulah sahaja kisah yang ingin aku kongsikan pada kali ini, Insya’Allah di kesempatan yang lain saya akan menulis segalanya dengan segera di sini.

Assalamualaikum w.b.t

“Rabbana athina fid-dunia hassana wafil akhirati hassana, wakina azzab banar”

Kampus IMU College

  Di keheningan senja dalam camar jingga Suatu melodi tanpa ritma berdesing dalam halus rasdan  merah, biru, hitam, putih, kuning dan hijau ...