Tuesday, May 19, 2020

Quarantined

Assalamualaikum w,b,t...

 Sudah masuk hari yang ke 62 kami di bawah perintah kawalan pergerakan kerana dunia tiba-tiba dikejutkan oleh penyakit berjangkit digelar corona virus. Wabak penyakit nie adalah ciptaan manusia biasa yang tak bertanggung-jawab meragut puluhan ribu nyawa manusia yang sehingga kini masih dirahsiakan di mana letak duduk penawarnya. Allahualam...

 Sebenarnya kita masih ada pilihan lain cara untuk menghentikan penyakit ini walaupun tidak menemui penawar bagi penyakit berjangkit yang sedang mengekang pergerakan kita semua, ia itu dengan bantuan Allah s.w.t kerana dia la As-syifa penawar kepada segala penyakit, dengan kekuasaan Allah s.w.t, Dia mampu untuk menghapuskan segala jenis virus yang tidak dapat kita analisa mengunakan pancaindera manusia biasa.

 Namun persoalan-Nya bagaimanakah Allah s.w.t akan membantu kita mengatasi masalah yang tengah kita hadapi kini?

Ia itu, dengan percaya yang Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa pemilik apa yang ada dilangit dan di bumi, berserah diri kepada-Nya sepenuhnya.. berzikir dan berdoa untuk merayu belas simpati daripada-Nya kerana cuma dia yang mampu menghapuskan virus ini walaupun tanpa penawar daripada pereka penyakit berjangkit ini.

 Cuba kita renungkan kembali, dengan kekuasaan Allah s.w.t, dia menyelamatkan sebilangan kaum Nabi Nuh daripada ditenggelami air, Dia juga membantu Nabi Musa membelah laut merah untuk menyelamatkan umatnya daripada tentera Firaun jadi apakah lagi kemusykilan yang kita sengaja ada-adakan untuk meragui kemampuan dan kekuasaan Allah s.w.t? Tentu sahaja virus halus yang boleh mengakibatkan jantung orang yang menghidapnya terhenti di hapuskan oleh Allah s.w.t dengan sekelip mata.

 Oleh itu, bersama-samalah kita bersujud kepada Allah s.w.t dan biarkan lidah basah dengan zikir memuji-maju keagungan-Nya untuk meraih syafaat daripada-Nya. Insya’Allah.

 Sewaktu berkesempatan bertemu Allah s.w.t dan diberi peluang oleh-Nya untuk menyaksikan alam-alam ciptaan-Nya, aku membuat kesimpulan di sini, bahawa Allah s.w.t menguji kita semua dengan dugaan yang besar kini untuk memberi peluang bagi kita meraih pengampuanan daripada-Nya sambil diberi peringatan akan hal yang kita terlepas pandang, ia itu tempoh selepas mati yang sangat panjang. Di alam barzakh kelak kita akan melalui pelbagai dugaan lain sehingga kita melayakkan diri masuk ke dalam golongan para dewa-dewi ataupun golongan imam dan para rasul barulah kita boleh menghela nafas sedikit lega sambil menanti pintu syurga dibuka-Nya semula untuk kita.
Selain itu, kita di tuntut untuk memberi kesedaran kepada golongan yang bersatu dengan skandal disebalik kejadian penyakit corona-virus, akan hal yang cuba ditolak jauh oleh golongan Islam ia-itu kelahiran semula ke dunia namun hal yang paling dipercayai oleh agama lain. Ketamakkan mereka itu adalah hal yang sia-sia kerana Allah s.w.t berfirman buat hamba-Nya yang jahil dan tergamak dengan perbuatan kini “hidupnya hanyalah hingga ke akhir hayatnya”. Maksudnya si pelaku akan dihapuskan oleh-Nya. Astagfirullahal’azim. 

 Pasti ramai yang terkejut dan was-was utamanya golongan orang Islam yang selama ini hidup dibawa ajaran Nabi Muhammad s.a.w tentang isu kelahiran semula. Aku menegaskan hal ini adalah hal yang nyata, kerana akulah hamba Allah daripada penganut agama Islam yang hampir melalui sendiri kelahiran semula namun dihentikan oleh Allah s.w.t kerana menurut-Nya aku belum tiba masanya untuk kembali ke rahmatullah dan situasi itu hanya akan menimbulkan fitnah, Dia mengembalikan roh ku ketubuhku untuk sesuatu yang tidak dijelaskan oleh-Nya mengapa. Dan aku suka hal tersebut kekal menjadi rahsia Allah s.w.t.
Mengimbas kembali peristiwa terpisahnya roh ku dan jasad, walaupun waktu itu singkat namun aku melihat sendiri kelompok hamba duduk beratur panjang. Maka aku bertanya kepada Allah s.w.t, apa yang mereka lakukan di situ? Allah s.w.t menjawab soalan ku dengan singkat “kelahiran”. Menurut Allah s.w.t mereka adalah golongan yang bakal dilahirkan semula ke dunia.

 Jangan bersorak terlalu gembira terlebih dahulu apa bila mengetahui akan hal ini, sangat wajar untuk kita malu jika tergolong daripada golongan yang dilahirkan semula ke dunia.
Kerana menurutku...
Jika aku dilahirkan semula ke dunia, aku akan kehilangan keluarga, aku kehilangan identiti ku dan aku malu kepada tuhan ku. Hanya kerana dia mengasihaniku dan mencegah aku daripada dicampak ke lubang api neraka jahanam di hantarnya aku semula kedunia untuk meraih peluang ke-dua agar layak masuk ke dalam syurga, agar Dia berasa lega dan tersenyum apabila mendengar suaraku memuji-muji nama-Nya. (Innalillah wa innalillahi rajiun) Sedangkan mengulang semula kehidupan daripada A-Z namun tidak dibetulkan pengetahuan yang nyata daripada hari ini masih lagi satu kerugian buat hamba yang tergolong untuk mengulang hidup di tanah ini, kerana mereka mungkin akan mengulang kembali kesilapan yang sama kerana ke cetekkan ilmu pengetahuan. Hidup di dunia bagaikan didalam neraka.
Oleh sebab itu kita harus membuka mata hati kita bermula dari sekarang akan hakikat yang pedih ini, menolak kenyataan tentang wujudnya kelahiran semula yang mungkin ahli keluarga atau orang yang kita kasihi sendiri yang bakal melalui akan menyebabkan mereka tergolong daripada golongan yang kerugian buat selama-lamanya dan aku merasakan diriku adalah orang yang tidak berhati perut jika merahsiakannya. Allahu-akhbar

 Menulis sedikit rentetan cerita bertemu Allah s.w.t di sini, adalah satu-satunya cara membuatkan hatiku lega setelah terpilih diantara kalangan hamba yang mengetahui rahsia milik-Nya. Semoga kita saling berkongsi manfaat, sesungguhnya Allah s.w.t Maha pengampun dosa-dosa besar.

Sekian.

Rabbana athina fid dunia hassanata wafil akhirati hassana, wakina azab banar”

No comments:

Kampus IMU College

  Di keheningan senja dalam camar jingga Suatu melodi tanpa ritma berdesing dalam halus rasdan  merah, biru, hitam, putih, kuning dan hijau ...